Wednesday, June 8, 2011

Kisah Benar

"Tengok kat lapangan terbang tu... Kata dah nak tutup... Macamane ea dorang nak alihkan kapal terbang yg banyak lagi besar tu?", kata si lelaki satu (L1).

"Nanti dorang bagi aku bawa sebiji....", kata si lelaki dua (L2) dengan bangga tetapi dalam nada gurauannya.

Maka, dengan nada gurauan juga, seorang perempuan (P) menyampuk, "Hamboiii....sembang besaq..."

"Apa masalah ko ea...? Cuba ko bagitau aku...!! Ada ke aku cakap dengan ko...??!!", L2 mula meninggi suara.

"Dan, cuba ko bagitahu aku pulak, apa masalah ko bila dalam call orang tengah cakap, ko p ajuk2 n buat uweek2... Apa perasaan orang yg tengah cakap dalam call tu...?!!", balas P dengan mula menahan sebak. P menambah, "Kalau orang tengah cakap tu, dengar je laa dulu...!!".

**scene sebelum berlaku pertengkaran. L2 bercakap di dalam call dengan P membincangkan berkenaan sesuatu. Apabila P sedang menerangkan, L2 dengan ngengnya telah mengajuk dan membuat bunyi2 tambahan sebagai tanda tidak mendengar.**

Ok, kita sambung scene pertengkaran...

"Aku tak suka laa bincang dalam call.. Semak tau tak... Nak faham pon susah.. Orang gurau pun tak boleh... Lain kali, kalau tak boleh gurau cakap...!!", balas L2 mempertahan alasan atas perilaku ngeng dia tadi.

P mula menunjukkan kegeraman sambil berbisik kepada L1 - "Habis tadi yg pasal kapal terbang tadi bukan gurau...? Dia pun kepala hangin n tak boleh bawak gurau nak cakap orang...", P merengus. 

-sekadar hiasan-
P dengan tidak mahu mengalah membalas, "Mudah kalau macamtu... Cakap laa dalam call tadi-jangan bincang sekarang... Nanti tak faham..kan senang... Ini buat benda tah hape2... Tak reti nak hormat perasaan orang...? Yang ko buat camtu, tak belajar adab ke..? Padahal orang tengah cakap benda serious...!!".

"Tau laa ko tu belajar tinggi... Aku ni belajar setakat SPM jee... Hisy semak betul laaa...!!", L2 bersuara.

"Ah itu bukan alasan...!! Aku pun belajar adab setakat SPM je... Berikutnya semua common sense... Kita apa yg kita lihat, fikir dan baca...!!", P mula meradang.

L2 pun dah mula meradang dari awal2 tadi lagi sebenarnya... Akhirnya beliau menambah, "Ah malas dah nak cakap dengan orang yg keras kepala n cakap pandai macam ko ni...!!"

"Malas nak cakap dengan ko....!! TITIK....!!" P membuat kesimpulan akhir. L2 merumuskan, "Fine. Tengok sampai bila..."

************************************************

Dialog di atas merupakan sebuah kisah benar daripada sebuah kehidupan. Dipercayai, si P tadi mengambil keputusan untuk berdiam diri atas rasional - ok, aku dah malas nak bertengkar dengan ko. (itulah pertama kali mereka bertelagah sebegitu rupa). P berfikir, lebih baik diam daripada berkata2 yg sia2... Telah banyak perkara yg berlaku antara L2 dan P, di mana P hanya memendam rasa apabila ditengking dan dherdik dek L2. Hanya kejadian di atas si P bersuara akibat dek tak tahan dan tak mampu untuk memendam rasa lagi.  

Hiba
Kisah bersambung apabila si P akhirnya tidak mampu menahan empangan air matanya lagi. Maka menangislah si P dengan hibanya. Diaolog di atas masih terngiang2 di telinga si P dan dia turut dihantui dengan rasa kecil hatinya.

Satu perkara yg pasti, P berusaha utk memaafkan L2. Beliau mungkin berjaya tetapi bukan secara berhadapan. P sangat2 berdoa agar berlaku satu peristiwa untuk menyatukan kembali P dan L2. Peristiwa yg diharapkan dapat melembutkan hati P agar dapat berhadapan semula dengan L2 dan memberi maaf secara terbuka.

Pengajaran:
  1. Mengalah bukan bererti kalah. Kalau ada terasa hati dengan sesiapa, lebih baik dipendamkan daripada diluahkan nescaya ia dapat mengelakkan pertengkaran, insyaAllah.
  2. Berdoa utk setiap daripada kita lebih terbuka apabila mendengar, "mendengar", melihat dan "melihat" setiap perkara yg terjadi di sekeliling kita dan peroleh hikmah dan ibrah daripadanya. 
  3. Sentiasa berdoa supaya hati kita sentiasa lembut dalam mendengar teguran dan kritikan yg membina.
  4. Belajar memberi maaf dan ia sebagai salah satu pembersih dan pelembut jiwa... ALLAHUAKBAR...!!
  5. Sentiasa muhasabah diri supaya kita sedar kesilapan diri dan tidak bongkak dan takabbur dengan ilmu yg tidak seberapa.
Kisah yg penuh dengan ibrah
p/s: penulis sangat tertarik dengan slot Tanah Kubur di Astro, bertajuk Cahaya Iman. Pelakon utama ialah Zami Ismail dan Nasir Bilal Khan. Di mana, Zami Ismail mendiamkan apa saja kutukan yg diterimanya daripada penduduk kampung. Malah, beliau memaafkan terus semua kesalahan org kampung ketika hayatnya. Dikisahkan di dalam akhiran cerita itu, Zami Ismail meninggal dalam wajah yg putih bercahaya, sebagai gambaran betapa elok amal ketika hayatnya...

Semoga kita dikurniakan dengan Husnul Khotimah dan dijauhkan daripada Suul Khotimah... Amiiin.....

1 comment:

  1. update terkini:
    P dan L2 telah pon berbaik semula...sangat sekejap sengketa tu...tiba2 dh ok... :) serasa mcm tiada bekas yg tertinggal...cuma teringat yg tidak meninggalkan kesan buruk... :)

    pelihara hati daripada sifat amarah, maka orang itulah yg paling kuat..!!

    ReplyDelete