Friday, May 27, 2011

Komunikasi

Musuh ketat...
pernah tengok ayam dan itik berborak....? atau, tengok kucing dan anjing bergaduh...pernah...?2 bahasa yg sangat2 laen...bahasa yg memang tak difahami oleh pihak yg satu lagi..kalau utk manusia, mgkin macam org melayu berborak dengan org iban...masing2 tak paham...masing2 garu kepala...dan masing2 BLUR....keh3....


tapi, entri kali ni, bukan nak cerita pasal ayam, itik, kucing, anjing, org melayu or org iban...entri kali ni, nk share pasal kerisauan aku tentang perbezaan komunikasi atau perbezaan pemahaman antara lelaki dan perempuan....haaaah macam best kan...?tah...kita tggu je laa sampai ke akhir yeee...:D


idea entri ni lahir bila aku terfikir betapa payah sebenarnya hidup suami isteri; 2makhluk yg berbeza cara pemikiran, cara pemahaman dan cara bertindak...masing2 extreme dalam cara masing2...sebb pe extreme...?sebab, nk tegakkan cara masing2...jika ini berlaku, memang laa jadi payah yg teramat...kan3...?(^_^) cuma,persoalan kat sini: perlu ke ada pihak yg mengalah sedangkan hati dia sendiri ibarat makan nasi bersulamkan air mata....?perlukah....?hmmmm.....


Ayuh seiringan...
menurut pendapat aku yg masih single ni, masalah nk menegakkan cara masing2 tak perlu ada dalam hubungan 2makhluk nii...sebab apa...?ada beberapa cara yg mungkin boleh jadi win-win situation...keh3....(macam bagus ok...;p) 2-2 makhluk ni perlulah:
  1. baca buku sirah Rasulullah bersama para isteri Baginda...(aku tak tau specific buku) or, baca buku Men from Mars and Women from Venus....jgn mengada nk cakap: hisy...baek baca kitab2 agama dll...ada jugak manfaatnya...no no noooo....membaca dan ambillah manfaat sebanyak mungkin dari sesiapa sahaja selagi ia tidak bertentang dengan ajaran Islam...ilmu yg bermanfaat ialah apabila kita belajar daripada pengalaman org lain....
  2. duduk bersama2, bincang heart-2-heart...ensure, tiada apa yg disimpan dalam hati masing2...biarla nk bergaduh macam cat-dog ke pe ke...asalkan, perkara berbangkit selesai....no heart feeling...
  3. dalam pada nk berbincang tu, haruslah menyantuni adab2 berselisih pendapat (adabul ikhtilaf)...gunakan bahasa yg sesuai dan letak tepi ego masing2...jangan main tarik tali sangat...karang menyesal tak pasal jeee...
  4. bersifat terbuka dan berlapang dada dalam mendengar kritikan daripada "pihak lawan"....keh3.... :D jadi,siapkan mental masing2 yee.... ;)
Hidup bahagia dengan persefahaman..
bukan senang tau nak faham manusia....ciptaan oleh Allah yg paling unik...(^_^) oleh itu, sama2 laa kita semua tingkatkan tahap komunikasi kita...mungkin juga ni boleh jadi tanda aras samada anda dah bersedia berumah tangga atau belum....heeeeeeeee.... ;p


kesimpulan akhir: kalau kita nak org berbuat baik pada kita, kita perlulah memulakan terlebih dahulu dengan memberi kebaikan...barulah susu tidak dibalas dengan tuba....ye tak kawan2 sekalian...?heeee...selamat berbahagia pada kawan2 yg dh berkeluarga dan pada yg belum, jangan tunggu lama2 ok...? :D

No comments:

Post a Comment