Thursday, January 26, 2012

Monday, January 16, 2012

reblog: INDAHNYA BILA BERTAMRIN NISA' (TANI 2011)

Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG...

Entri pada kali ini hanya sekadar sedikit usaha dalam mengumpulkan dan menaikkan semangat yang hilang. Perjuangan wajib diteruskan dan JANGAN menyerah kalah selagi nyawa di kandung badan..!!

reblog Laporan Tamrin Nisa' 2011 (TANI 2011) ini adalah bersempena TANI 2012 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, 20 - 22 Januari 2012 bertempat di Pejabat ABIM Bangi, Seksyen 1, Bangi. 


video

p/s: 
tambahan, di bawah merupakan video dan lirik nasyid al-'amal.. Pernah dan sering didendangkan dahulu ketika di SAMER...


العمل

(2x) العَمَلْ العَمَلْ العَمَلُ لِله
(2x) العَمَلُ لِلهِ شِعَارُنَا
 (2x) الله.... الله.... الله رَبُّنَا
الرَّسُوْل قُدْوَتُنَا
القُرْأَنْ دُسْتُرُنَا
الرَّسُوْل قُدْوَتُنَا
القُرْأَنْ دُسْتُرُنَا
(2x) الجِهَاد... الجِهَاد... الجِهَادُ سَبِيْـلُنَـا
المَوْتُ فِي سَبِيْلِ الله
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
المَوْتُ فِي سَبِيْلِ الله
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
اَسْمَأَ مَا نِنَـا......


"Perjuangan Yang Berpanjangan.. Jangan Takut, 
Jangan Gentar! Allahuakbar!!"

Saturday, January 14, 2012

"Gurukah Aku atau..?" episod 1.. (^_^)

Jumaat, 13 Januari 2012 merupakan hari yang agak memeritkan di sekolah.. Kekurangan guru, kerja yang bertimbun dan murid yang pelbagai yang  menguji kesabaran antara faktor penyumbang perubahan emosi yang mendadak. Dalam pada keletihan dan kegusaran yang melanda, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhujung minggu di rumah Subang sahaja tanpa ke mana-mana. Aku perlukan masa untuk bertenang, berfikir, merancang dan secara total mengumpul mood yang positif untuk meneruskan kehidupan sebagai pendidik... (^_^)

Dengan takdir Yang Maha Berkuasa, pagi Sabtu aku digerakkan untuk mencari dan membaca buku.. Buku yang aku harapkan akan memberi sumber inspirasi dan motivasi tambahan.. (^_^) akhirnya, "Gurukah Aku atau..?" menjadi pilihan hati.... Berikut merupakan hasil pembacaan...
 
Buku "Gurukah Aku atau..?" mendedahkan pengalaman seorang guru yang bernama Hjh Norbi bt Hj Husin yang telah berkhidmat selaku pengetua sekolah selama 15 tahun (sehingga buku ini diterbitkan pada tahun 2006).

Buku ini trbahagi kepada 5bahagian; Pertama: pengalaman beliau ketika berada di sekolah rendah sekitar tahun 1958-1963, Kedua: pengalaman beliau ketika berada di sekolah menengah, Ketiga: pengalaman beliau mengajar di empat buah sekolah menengah, Keempat: kisah-kisah berkaitan pentadbir dan guru, dan Kelima: catatan luahan perasaan orang ramai terhadap guru yang mengajar dahulu.

Bahagian Pertama

Beliau telah menceritakan serba sedikit kisah pembelajaran , rakan-rakan dan guru-guru beliau. Antara yang menarik perhatian saya ialah perbezaan 3karakter guru;
1) Cikgu Halimah yang kemas, bijak mengajar, pemberi motivasi terbaik dan penyayang;
2) Cikgu Latipah yang tegas dan peka dengan situasi murid;
3) Cikgu Meon (bukan nama sebenar) yang malas, tidak peka dengan kelemahan, kekuatan dan aduan murid, tidak mengatasi masalah disiplin murid, tidak penyayang (tidak memberi pujian kepada murid yang layak), tidak memeriksa buku latihan murid, buat kerja kerana takut akan Guru Besar, bukan kerana suka dengan kerjanya.

daripada pembacaan dan pemerhatian saya (selaku guru biasa yang tidak mempunyai sebarang asas dan yang berusia tidak sampai setahun), 3perbezaan di atas memberi impak yang amat besar kepada mood dan pembelajaran murid. Seorang guru wajib untuk sentiasa peka, kritis dan kreatif dalam berfikir dan bertindak. Di samping untuk sentiasa bergantung kepada Allah, kebijaksanaan dan kasih sayang seorang guru pasti akan dapat membantu murid dan guru dalam keharmonian sepanjang sesi.

Sepanjang pembacaan bahagian pertama ni, ada seorang murid yang bernama Akup yang sangat hyper dan nakal (pada pandangan saya) yang sentiasa mengusik rakan-rakan dan tidak mendengar kata guru. hanya Cikgu Halimah dan Cikgu Latipah yang dapat membentuk perangainya. Akup hanya seorang di dalam kelas mereka. Tapi kami di As Sakeenah...? 

Watak Akup mengingatkan saya kepada 4orang anak murid Tahun 1; Izzat, Fariesh, Afiq dan Afeef. Ya, mereka ialah 4orang yang perlukan sentuhan kasih sayang, empati dan cara yang berbeza dalam pembelajaran (helaan nafas yang berat).

Semoga Allah bantu kami daripada segala segi.

~ mereka berempatlah punca saya mencari dan menjumpai buku ini... (^_^)