Saturday, January 14, 2012

"Gurukah Aku atau..?" episod 1.. (^_^)

Jumaat, 13 Januari 2012 merupakan hari yang agak memeritkan di sekolah.. Kekurangan guru, kerja yang bertimbun dan murid yang pelbagai yang  menguji kesabaran antara faktor penyumbang perubahan emosi yang mendadak. Dalam pada keletihan dan kegusaran yang melanda, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhujung minggu di rumah Subang sahaja tanpa ke mana-mana. Aku perlukan masa untuk bertenang, berfikir, merancang dan secara total mengumpul mood yang positif untuk meneruskan kehidupan sebagai pendidik... (^_^)

Dengan takdir Yang Maha Berkuasa, pagi Sabtu aku digerakkan untuk mencari dan membaca buku.. Buku yang aku harapkan akan memberi sumber inspirasi dan motivasi tambahan.. (^_^) akhirnya, "Gurukah Aku atau..?" menjadi pilihan hati.... Berikut merupakan hasil pembacaan...
 
Buku "Gurukah Aku atau..?" mendedahkan pengalaman seorang guru yang bernama Hjh Norbi bt Hj Husin yang telah berkhidmat selaku pengetua sekolah selama 15 tahun (sehingga buku ini diterbitkan pada tahun 2006).

Buku ini trbahagi kepada 5bahagian; Pertama: pengalaman beliau ketika berada di sekolah rendah sekitar tahun 1958-1963, Kedua: pengalaman beliau ketika berada di sekolah menengah, Ketiga: pengalaman beliau mengajar di empat buah sekolah menengah, Keempat: kisah-kisah berkaitan pentadbir dan guru, dan Kelima: catatan luahan perasaan orang ramai terhadap guru yang mengajar dahulu.

Bahagian Pertama

Beliau telah menceritakan serba sedikit kisah pembelajaran , rakan-rakan dan guru-guru beliau. Antara yang menarik perhatian saya ialah perbezaan 3karakter guru;
1) Cikgu Halimah yang kemas, bijak mengajar, pemberi motivasi terbaik dan penyayang;
2) Cikgu Latipah yang tegas dan peka dengan situasi murid;
3) Cikgu Meon (bukan nama sebenar) yang malas, tidak peka dengan kelemahan, kekuatan dan aduan murid, tidak mengatasi masalah disiplin murid, tidak penyayang (tidak memberi pujian kepada murid yang layak), tidak memeriksa buku latihan murid, buat kerja kerana takut akan Guru Besar, bukan kerana suka dengan kerjanya.

daripada pembacaan dan pemerhatian saya (selaku guru biasa yang tidak mempunyai sebarang asas dan yang berusia tidak sampai setahun), 3perbezaan di atas memberi impak yang amat besar kepada mood dan pembelajaran murid. Seorang guru wajib untuk sentiasa peka, kritis dan kreatif dalam berfikir dan bertindak. Di samping untuk sentiasa bergantung kepada Allah, kebijaksanaan dan kasih sayang seorang guru pasti akan dapat membantu murid dan guru dalam keharmonian sepanjang sesi.

Sepanjang pembacaan bahagian pertama ni, ada seorang murid yang bernama Akup yang sangat hyper dan nakal (pada pandangan saya) yang sentiasa mengusik rakan-rakan dan tidak mendengar kata guru. hanya Cikgu Halimah dan Cikgu Latipah yang dapat membentuk perangainya. Akup hanya seorang di dalam kelas mereka. Tapi kami di As Sakeenah...? 

Watak Akup mengingatkan saya kepada 4orang anak murid Tahun 1; Izzat, Fariesh, Afiq dan Afeef. Ya, mereka ialah 4orang yang perlukan sentuhan kasih sayang, empati dan cara yang berbeza dalam pembelajaran (helaan nafas yang berat).

Semoga Allah bantu kami daripada segala segi.

~ mereka berempatlah punca saya mencari dan menjumpai buku ini... (^_^)

4 comments:

  1. teringat terus kat semua guru2 Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1) dan Sekolah Rendah Agama Taman Keramat.. semoga kehidupan kalian dirahmati Allah di dunia dan akhirat.. Amin...

    ~menulis bukan sekadar menulis. menulis utk memori rujukan selagi bermanfaat... (^_^)

    ReplyDelete
  2. menulis bkn sekadar menulis..hehe

    ReplyDelete
  3. ye cik Einzafeera...menulis bukan sekadar menulis...TERIMA KASIH utk inspirasi itu...hehehe...(^_^)
    utk makluman, dah selesai baca buku tu...!! Episod ke2, ke3 dll akan menyusul... (rajen kn ak sekarang..???:D)

    ReplyDelete
  4. Allah... 2orang lagi anak murid yg menyebabkan saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri utk bersabar.. setakat harini, saya kerap kali melenting! huuuu... saya hampir gagal dn kecewa! (T_R_Knya saya!!)saya mesti berusaha sehabis mungkin! saya mesti menang!

    mereka ialah Nur Miza Darwisyah dn Nik Nurin Irdina...

    usaha bermula sekarang!

    ReplyDelete