Hari kedua di As-Sakeenah Learning Centre yg terletak di USJ 18, Subang
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pagi ni jiwa aku saaaangat tersentuh melihat anak2 di sekeliling aku di taska. Seawal 7pagi ibubapa masing2 dah hantar anak2 ke pusat jagaan di mana, sesampai sahaja di sini, anak2 ni akan disambut oleh bibik...huhuhuhu...rasa macam nak menangis ods pon ada tadi...huhuhu...lagi tambah kepiluan di hati, anak2 sekecil 3tahun ini kebanyakannya telah mampu hidup berdikari... buka almari, ambil cawan dan tuang air sendiri...kemudian duduk dalam halaqah sambil makan, bersosial dan bergembira dengan rakan2 sebaya...oh sangat cemerlang kanak2 ini...
pada pendapat saya, kecemerlangan ini akan berterusan jika ada tindakan susulan daripada pihak ibubapa itu sendiri.lebih2 lagi,bila kita berbicara tentang masa berkualiti di rumah...tapi, pemerhatian saya, ibu bapa ini lebih bergantung harap kepada bibik, teachers, dan ustazah2 apabila mereka tegar bertanya - kenapa anak saya tak pandai bercakap dan membaca lagi ea...? - Allah....tersiat halus hati kecilku memikirkan ini...adakah anak2ku kelak akan sebegini rupa...?mengorbankan nilai dan hak2 penjagaan, pendidikan dan pengajaran anak2demi mencari sesuap rezeki...sanggupkah...?
lebih menyayat hati, ketika hari pertama di KAFA semalam (13Jun), aku dapati masih ramai anak2 berumur 10tahun masih lagi tidak mengusai dan tidak fasih membaca al-Quran...huhuhuhu...semoga pada kadar umur ini masih belum terlambat utk tunas2 ini berkembang dengan jayanya...kurniakan kami kekuatan utk teruskan usaha perjuangan Rasulullah ini, Ya Allah...dan kekuatan kepada kami utk melaksanakan dan istiqamah dengan apa yg kami perkatakan...
aku akhiri entri Anak-anakku Bhg.1 ini dengan:
![]() | ||
sambil menunggu ibubapa datang amik... |
![]() |
solehah namanya sesolehah perilakunya....(^_^) |
![]() |
Is paling kiri, tak pandai buat "3". |
![]() |
mereka ialah hero di taska..bermusuhan tp berbaik demi nk amik gmba...;p n, ini hari pertama mereka pndai buat "3"..!! ^^ |
p/s: hari kedua aku di sini, "Bonda, bonda nak balik ke?", kata seorang kanak2 lelaki dengan pelatnya... (aku tersentuh...!!)
No comments:
Post a Comment