Thursday, March 15, 2012

150312 > "Eksperimen Nasi"

Assalamualaikum kepada semua yg membaca…

Entri yg saya nk share kali ni, adalah tentang “Eksperimen Nasi”… hah apa perkara pertama yg datang dalam minda anda…?? Hehehehehe… Ye tepat sekali..!! Eksperimen ini melibatkan nasi… :P (loyar buruk…) ok serius… Berikut merupakan butiran eksperimen ini… :) (mode: recall cara2 membuat eksperimen di kala sek rendah, sek men dn matrik dulu…:D )

Tajuk
Kata-kata dan Perubahan Fizikal Nasi
Inferens
Kata-kata yang baik dan buruk mempengaruhi perubahan fizikal nasi. Manakala nasi yang tidak diberi perhatian dijangka akan mengalami perubahan terburuk berbanding 2spesimen yang lain.
Pembolehubah Dimanipulasi
Kata-kata (Perhatian)
Pembolehubah 
Bergerak Balas
Perubahan fizikal nasi
Pembolehubah Dimalarkan
Nasi
Hipotesis
Semakin buruk kata-kata (perhatian) yang diberikan, semakin teruk perubahan fizikal nasi.
 
Day 1 | Nasi dengan Kata2 Baik
Hah… itulah butiran utk eksperimen ni… ye, kita mungkin biasa dengan teorinya… tapi, nak aplikasikan dalam kehidupan agak dn mungkin sangat susah bagi sesetengah org (saya laa yg dalam kategori susah tuu…huhuhuhuhu…) jadi, inilah antara usaha dalam mengingatkan diri sendiri dan org sekeliling, terutama family yg tersayang… (^_^)
 
p/s: Eksperimen ni adalah permintaan daripada maa, setelah usaha pertama yg ingin melibatkan Asyraf tidak berjaya. Tapi kali ni, eksperimen ni melibatkan Adibah dan Asyraf… Atas pertolongan dorg yg sgt curious…heee… Nantikan keputusan akhir setelah beberapa minggu…!!! (^_^)Y

Day 1 | Nasi dengan Kata2 Buruk
Day 1 | Nasi tanpa Kata2
p/s: keadaan nasi pada hari pertama adalah sama utk ketiga-tiga spesimen       

Friday, February 24, 2012

HusnuzzonLOA: LOA ACCORDING TO QURAN AND HADIST

HusnuzzonLOA: LOA ACCORDING TO QURAN AND HADIST: by: Jumala Multazam In Islam world, this thing has been expressed 14 last centuries, taught openly to all people explicitly, even command...

Tuesday, February 14, 2012

Perjalanan Merentas Dunia...

Assalamualaikum.... (^_^)

berehat sebentar sebelum speeding dengan kerja2 dunia yang mengharapkan saham di akhirat kelak...terfikir, cukup ke usaha di dunia ni? dapat ke menampung dosa2 yang telah dilakukan? berat ke timbangan kebaikan di akhirat kelak...??? hmmmm....menyebabkan berdenyut2 kepala ni jadinya....ikhlas dan sentiasa berusaha sehabis baik.....

tadi mengajar sesi pagi... anak murid 2orang je pun... tapiiiii..... mereka tak salah, tapi aku yang salah.... tak terkawal emosi... maka, kelelahan laa di buatnya... ini yang tersandar dan terfikir macam2 niii... maafkan ku wahai anak2 muridku... ~ Nik Nurin Irdina dan Nur Miza Darwisyah... ku halalkan segala ilmu yang tidak seberapa kepada kalian...moga dapat menjadi bekalan untuk masa hadapan dan memberi kejayaan di dunia dan syafaat di akhirat kelak.... (sebak...)

oleh kerana perasaan yang agak berkecamuk ni, tak semena2 tangan ni klik google map.... nak tau apa yang dicari...???


perjalanan darat dari Malaysia ke Mekah

hah....itulah yang dicari....bila agaknya dapat sampai ke sana kan....??? huhuhuhuhuhu.... memandangkan ada laluan untuk perjalanan merentasi darat, rasa macam nak jalan kaki jee....tinggalkan semua kerja2 niiii....mode sekarang ni, memang rasa nak merentasi dunia....nak pergi jelajah ke merata tempat.... nak lihat ciptaan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Luas....huhuhuhuhuhuhuhu.......tenangkan fikiran dll..... tapiiiii.....untuk sekarang ni, apa yang ada di depan mata, itulah yang sedang dihadapi....untuk cita2 ini, ia tetap akan diusahakan....selagi hayat di kandung badan....insyaAllah...


سبحان الله والحمدلله ولااله الا الله والله اكبر

 اَلاَبِذِكْرِاللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوب


Thursday, January 26, 2012

Monday, January 16, 2012

reblog: INDAHNYA BILA BERTAMRIN NISA' (TANI 2011)

Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG...

Entri pada kali ini hanya sekadar sedikit usaha dalam mengumpulkan dan menaikkan semangat yang hilang. Perjuangan wajib diteruskan dan JANGAN menyerah kalah selagi nyawa di kandung badan..!!

reblog Laporan Tamrin Nisa' 2011 (TANI 2011) ini adalah bersempena TANI 2012 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, 20 - 22 Januari 2012 bertempat di Pejabat ABIM Bangi, Seksyen 1, Bangi. 



p/s: 
tambahan, di bawah merupakan video dan lirik nasyid al-'amal.. Pernah dan sering didendangkan dahulu ketika di SAMER...


العمل

(2x) العَمَلْ العَمَلْ العَمَلُ لِله
(2x) العَمَلُ لِلهِ شِعَارُنَا
 (2x) الله.... الله.... الله رَبُّنَا
الرَّسُوْل قُدْوَتُنَا
القُرْأَنْ دُسْتُرُنَا
الرَّسُوْل قُدْوَتُنَا
القُرْأَنْ دُسْتُرُنَا
(2x) الجِهَاد... الجِهَاد... الجِهَادُ سَبِيْـلُنَـا
المَوْتُ فِي سَبِيْلِ الله
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
المَوْتُ فِي سَبِيْلِ الله
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
اَسْمَأَ مَا نِنَـا
اَسْمَأَ مَا نِنَـا......


"Perjuangan Yang Berpanjangan.. Jangan Takut, 
Jangan Gentar! Allahuakbar!!"

Saturday, January 14, 2012

"Gurukah Aku atau..?" episod 1.. (^_^)

Jumaat, 13 Januari 2012 merupakan hari yang agak memeritkan di sekolah.. Kekurangan guru, kerja yang bertimbun dan murid yang pelbagai yang  menguji kesabaran antara faktor penyumbang perubahan emosi yang mendadak. Dalam pada keletihan dan kegusaran yang melanda, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhujung minggu di rumah Subang sahaja tanpa ke mana-mana. Aku perlukan masa untuk bertenang, berfikir, merancang dan secara total mengumpul mood yang positif untuk meneruskan kehidupan sebagai pendidik... (^_^)

Dengan takdir Yang Maha Berkuasa, pagi Sabtu aku digerakkan untuk mencari dan membaca buku.. Buku yang aku harapkan akan memberi sumber inspirasi dan motivasi tambahan.. (^_^) akhirnya, "Gurukah Aku atau..?" menjadi pilihan hati.... Berikut merupakan hasil pembacaan...
 
Buku "Gurukah Aku atau..?" mendedahkan pengalaman seorang guru yang bernama Hjh Norbi bt Hj Husin yang telah berkhidmat selaku pengetua sekolah selama 15 tahun (sehingga buku ini diterbitkan pada tahun 2006).

Buku ini trbahagi kepada 5bahagian; Pertama: pengalaman beliau ketika berada di sekolah rendah sekitar tahun 1958-1963, Kedua: pengalaman beliau ketika berada di sekolah menengah, Ketiga: pengalaman beliau mengajar di empat buah sekolah menengah, Keempat: kisah-kisah berkaitan pentadbir dan guru, dan Kelima: catatan luahan perasaan orang ramai terhadap guru yang mengajar dahulu.

Bahagian Pertama

Beliau telah menceritakan serba sedikit kisah pembelajaran , rakan-rakan dan guru-guru beliau. Antara yang menarik perhatian saya ialah perbezaan 3karakter guru;
1) Cikgu Halimah yang kemas, bijak mengajar, pemberi motivasi terbaik dan penyayang;
2) Cikgu Latipah yang tegas dan peka dengan situasi murid;
3) Cikgu Meon (bukan nama sebenar) yang malas, tidak peka dengan kelemahan, kekuatan dan aduan murid, tidak mengatasi masalah disiplin murid, tidak penyayang (tidak memberi pujian kepada murid yang layak), tidak memeriksa buku latihan murid, buat kerja kerana takut akan Guru Besar, bukan kerana suka dengan kerjanya.

daripada pembacaan dan pemerhatian saya (selaku guru biasa yang tidak mempunyai sebarang asas dan yang berusia tidak sampai setahun), 3perbezaan di atas memberi impak yang amat besar kepada mood dan pembelajaran murid. Seorang guru wajib untuk sentiasa peka, kritis dan kreatif dalam berfikir dan bertindak. Di samping untuk sentiasa bergantung kepada Allah, kebijaksanaan dan kasih sayang seorang guru pasti akan dapat membantu murid dan guru dalam keharmonian sepanjang sesi.

Sepanjang pembacaan bahagian pertama ni, ada seorang murid yang bernama Akup yang sangat hyper dan nakal (pada pandangan saya) yang sentiasa mengusik rakan-rakan dan tidak mendengar kata guru. hanya Cikgu Halimah dan Cikgu Latipah yang dapat membentuk perangainya. Akup hanya seorang di dalam kelas mereka. Tapi kami di As Sakeenah...? 

Watak Akup mengingatkan saya kepada 4orang anak murid Tahun 1; Izzat, Fariesh, Afiq dan Afeef. Ya, mereka ialah 4orang yang perlukan sentuhan kasih sayang, empati dan cara yang berbeza dalam pembelajaran (helaan nafas yang berat).

Semoga Allah bantu kami daripada segala segi.

~ mereka berempatlah punca saya mencari dan menjumpai buku ini... (^_^)

Friday, December 16, 2011

... G - u - S - A - r ...

boleh tak nak tulis macam ni je...?
serasa macam mengalami penderaan perasaan...perasaan didera dengan betapa diamnya pihak yang lagi satu...lebih2 lagi perasaan sekarang sedang diburu dek kesalahan lalu...boleh ke salahkan orang lain...??? yes...jawapannya memang TAK BOLEH...!! so, untuk tenangkan hati, TAUBAT dan ZIKIR je ubatnya...sekian...

hmmmm.....semalam kan...ada laa kakak sorang ni...boleh dia kluarkan statement - ntah2 dh ada orang lain...dengan muka yang penuh keslumberan...maka saya, di dalam hati berkata ==> aku dah mula kena belajar untuk menerima itu dengan redha... :)

so....teruskanlah bertenang ea...? :) teruskan berdoa  utk Allah tunjukkan jalan dan campakkan rasa redha dan tenang yg memang sering didamba itu...(^_____^)

jangan pernah kamu berharap kepada manusia, kerana harapan itu bakal menyakitkanmu.....

Monday, December 12, 2011

F - O - K - U - S

Assalamualaikum... :) entri kali ini adalah merujuk kepada artikel yg dipinjam daripada blog PEPIAS. selepas kita baca, rupa2nya kita telah pun mengamalkannya tanpa kita sedari…!! sedari tahun 2004 ketika saya masih lagi di Pusat Matrikulasi UIAM, PJ saya telah melaksanakannya… semua gerakhati dan naluri mengurus itu datang daripada Allah SWT yang Maha Mengetahui segala sesuatu… :)

atas sebab apa Allah telah memberi anugerah naluri itu..? sebab, (atas pertimbangan akal dan iman yang tidak seberapa) pada ketika itu, kehidupan saya seperti disusun dan diatur padat dengan jemaah, belajar dan keluarga (susunan tidak melambangkan keutamaan setiap sesuatu)… pada ketika tu, jadual ataupun planner saya padat dari sehari ke sehari… sehinggakan roommate saya akan bertanya – deel, bila laa ko nak luangkan masa dengan kitorang kat bilik? Saya hanya akan balas dengan senyuman… :)

perancangan dan perjalanan saya jelas dari sehari ke sehari selama 2 tahun di matrik… Cuma, ada sedikit turning point yang Allah kurnia kepada saya… nak tau? Extend 1 semester… heee…. ;p sebab apa ya..? mungkin sebab faham dan jelas saya dengan keseimbangan belajar dan jemaah agak lewat… mungkin saya terberat sebelah di situ… saya pun kurang jelas… tapi, mungkin kita boleh ambil pengajaran untuk sentiasa redha dan terus bangkit daripada kegagalan… ;)

owh… kembali kepada kisah fokus tadi… tahun 2006, saya mula jejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Perancangan dan perjalanan belajar, jemaah dan keluarga masih sama… masih tradisional menggunakan tulisan tangan dan kertas A4… saya akan buat setiap hujung bulan untuk kemaskini perjalanan hidup (panggilan yang saya gunakan) J Alhamdulillah penuh dan padat dengan 3 warna yg berbeza (untuk membezakan setiap pergerakan); hijau: belajar, oren: personal dan keluarga dan akhir sekali kuning: jemaah. Tapi, masih ada satu masa yang hanya penuh dengan hijau semata… kerana apa…? Hujung semester yang hampir dengan peperiksaan dan hujung nyawa di UIAM ketika FYP… hee….;p masih juga terdapat turning point ketika ini: extend setahun… hee…. Hah…ini bukan tidak sedar atas kesilapan sendiri… tapi, jenuh mengerah otak sehingga berdenyut2 dan tetap mengalami kegagalan… UJIAN… :) (mungkin juga akibat terlupa bergantung sepenuhnya kepada Allah…siapa tahu…? Allah sahajalah yang Maha Mengetahui…J) gagal teruk masa semester pertama tahun pertama… betul kata2 senior… “akan berlaku kejutan budaya di sini…” “sangat berbeza dengan di matrik…” dll…. sudah terhantuk, baru tergadah… baru masa tu faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tu….:P tapi, masih ada yang lagi teruk saat tu… sehingga tukar course dan kena dismiss pun ada tau…!! dan Alhamdulillah habis juga dengan pointer yang “boleh laaa” berbanding dengan rakan2 yang full-time study… :) ada additional part berkenaan perancangan yang saya buat ketika di Gombak… saya akan buat jadual target pointer setiap semester…!! TAK SANGKA kan…?? :D

Yes… itu semua ketika masih di zaman belajar… antara fasa yang patut di banggakan oleh diri sendiri… tindakan yang patut dicontohi oleh saya zaman ke zaman… tapi….. ya… sekarang saya tidak begitu….!! DOWN….!! Saya beranggapan, petang ini, 12 Disember 2011 merupakan turning point untuk saya supaya kembali on the track…!! Wajib lebih FOKUS dan JELAS dengan matlamat akhir kehidupan ini…!! Lebih2 lagi, banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ini yang membawa kepada TERjumpanya saya akan entri fokus ini…. TERIMA KASIH, ya Allah…!!! :)

p/s: antara scene yang membuka mata:
  1. salah satu agenda ketika usrah PEPIAS Cawangan Gombak pada 7 Disember 2011 ialah ta’aruf dan nyatakan “siapakah anda 10tahun dari sekarang?”  
  2. terjumpa satu modul yang bernama surat berantai, ramai antara sahabat2 yang menulis kepada saya berkenaan kekaguman mereka dengan sistematiknya kerja saya…. @___@ (kalaulah mereka tahu betapa payahnya saya mengenal dan mengurus diri…huhuhuhu….)
AYUH teruskan perancangan dan perjalanan hidup yang SISTEMATIK….!! 

p/s: ada gambar yg akan saya masukkan utk entri ini kalau saya diberi kesempatan utk scan... insyaAllah... :)


Thursday, December 1, 2011

sesi pencerahan...(^_^)

Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....

sejujur mana harus aku meluahkan di sini...? ketar tangan usah dipersoal...laju mengalir air mata... mengharap pada Yang Satu, Yang Maha Mengetahui luar dan dalam, nyata dan tersembunyi...ya, aku makhluk yang berdosa....

Astaghfirullahal 'adzim.........

sejak akhir2 ni, hati yang satu ni kerap berbisik, memberontak dan berbolak balik.... macam2 perkara yg datang dn tak pernah pergi...akhirnya, aku mengambil kata putus, utk cuba mencoret di sini....

Kisah 1:

"anak kawan abah kerja jadi engineer Electrolux...gaji RM2k lebih...", kata beliau. sebagai seorg anak, saya telah berfikir dan membuat tanggapan:
  1. gaji yang sekarang tak cukup ke...? atau mungkin sebab cukup2..? dan tak boleh menyimpan utk masa depan.. Sebab tu ke..? tanggapan yg pertama ni jelas, saya berjauh hati...sedikit merajuk...hmmmm....
  2. beliau menginginkan kehidupan saya stabil dengan sedikit simpanan mungkin... sebab, ada sekali tu, beliau mengatakan - jadilah Engineer...setahun pun cukup laa... sekurang2nya boleh stabilkan hidup sikit dengan gaji yg ada...
  3. beliau ingin saya aplikasi apa yg telah dipelajari...sebab, "abis tu, ke mana pergi semua yg kamu belajar masa tu?" aduhai...
aduhai....ya, saya telah menjangkakan hal ini akan berlaku...jujur, saya tak habis lagi bincang dengan mereka...seakan2 saya menemui jalan buntu...Ya Allah, tunjukkan dan bentangkanku jalan.....

rentetan dari kisah ini, aku terfikir juga utk berhenti mengajar selama setahun dan cuba merealisasikan impian ayahanda dan bonda...setahun je utk memberi kepuasan kepada mereka...sebab, aku rasa aku yakin aku lebih suka dengan kegiatan aktivis dan kerjaya yg dekat dengan manusia...lebih membentuk iman dan jiwa...

satu yang pasti, aku mencari dan mengharapkan yg berkat utk seluruh kehidupanku dan ahli keluargaku...aku mendidik dan mengasuh jiwa utk merasa cukup dengan apa yg ada...maka, cukupkanlah duhai Allah Yang Maha Kaya.... 

Kisah 2:

saya dihujani dengan isu jodoh dari mereka di sekeliling saya... risau tidak berpasangan, risau pasangan tidak mahu berjumpa keluarga...risau tidak tahu apa nk buat utk yg seterusnya....sampai satu masa, saya menjerit - aku rimas dengan isu ini....!!! - huhuhuhuhu....celaru dan keliru gamaknya....

baru2 ni saya membaca nota Hilal Asyraf di FB...berkenaan couple dan cinta...artikel yg jelas dan ya, saya merasa terpukul...oleh itu, di peringkat saya, saya sedang dan telah berusaha sekeras mungkin utk menerima ketiadaan si dia...walau apa pun yg terjadi, saya WAJIB berdiri dengan kaki sendiri...sehingga tiba masanya utk kami membincangkan hal kehidupan bersama...setibanya saat itu, baru perbualan akan dimulakan...utk sekarang, DIAM itu lebih baik... usaha ini memerlukan kekentalan iman dan kekerasan jiwa utk teguh...oleh itu, tolong teguh dan "alaaa.... NO MAN NO CRY.....!!" sewajibnya, usaha ini memerlukan bantuan penuh dari yg Maha Berkuasa menjaga hati yg sering berbolak balik...

Ya Allah, Tuhan yg menjadikan hati yg berbolak balik...aku pohon TETAPkanlah hati2 ini dalam jalan agama-Mu dan dalam mentaati-Mu

akhirnya, terus berdoa, andai ada jodoh antara kami, maka permudahkanlah jalan kami dalam menuju redha-Mu Ya Allah...insyaAllah akan sampai jua masanya...andai ditakdirkan Allah hanya setakat ini, maka tawakal dan redha itu adalah lebih baik... Aku akan terus bersedia utk sebarang ketetapan oleh Allah... namun aku mohon bantu aku dalam terus bersangka baik dengan-Mu, Ya Allah... :) bantu aku utk menyuburkan CINTA ku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada hamba-Mu...*helaan nafas yg amat dalam*

jelas, 2 perkara di atas yg sering bermain2 dalam jiwa aku kebelakangan ni...tenang setelah meluahkan...akibat 2perkara di atas, aku sanggup mengunci bicara, mengurung diri dan mengikat perut akibat rajuk yg tidak dipujuk...isy3....dasat sungguh...!!!! huhuhuhuhu....

ok...aku rasa aku berhenti setakat ini dulu...hidup mesti diteruskan secara normal dan tenang...sangat banyak things to do yg perlu diselesaikan...ayuh bangkit...!!!! oleh itu, dilarang lembik2 dan layan perasaan...hidup mesti terus maju...!!!

Saturday, November 12, 2011

tak tau tajuk yg sesuai....

sedang sebak dan menahan takungan empangan ini daripada pecah....huhuhuhuhu....sebak mengenangkan post terakhir on June....lamanyaaaaa....!!!!!! (ok, sekarang macam hampir mengalir.....)

sekejap je rasa masa berlalu....dh 5++ bulan bergelar guru...kerjaya yg semakin mengakar dalam jiwa....sebak terkenang anak2 di ASLC....adakah kerjaya di ASLC hampir berakhir...? huhuhuhuhu.....

perasaan yang tidak tergambar dan terucap....lagi2 bila keseorangan di rumah...macam2 plak rasa yg datang....azam di dalam diri: akan aku teruskan mencoret di sini.....untuk panduan diri dn generasi akan datang....

bye laaa.....huhuhuh.....T___T