Thursday, December 1, 2011

sesi pencerahan...(^_^)

Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar....

sejujur mana harus aku meluahkan di sini...? ketar tangan usah dipersoal...laju mengalir air mata... mengharap pada Yang Satu, Yang Maha Mengetahui luar dan dalam, nyata dan tersembunyi...ya, aku makhluk yang berdosa....

Astaghfirullahal 'adzim.........

sejak akhir2 ni, hati yang satu ni kerap berbisik, memberontak dan berbolak balik.... macam2 perkara yg datang dn tak pernah pergi...akhirnya, aku mengambil kata putus, utk cuba mencoret di sini....

Kisah 1:

"anak kawan abah kerja jadi engineer Electrolux...gaji RM2k lebih...", kata beliau. sebagai seorg anak, saya telah berfikir dan membuat tanggapan:
  1. gaji yang sekarang tak cukup ke...? atau mungkin sebab cukup2..? dan tak boleh menyimpan utk masa depan.. Sebab tu ke..? tanggapan yg pertama ni jelas, saya berjauh hati...sedikit merajuk...hmmmm....
  2. beliau menginginkan kehidupan saya stabil dengan sedikit simpanan mungkin... sebab, ada sekali tu, beliau mengatakan - jadilah Engineer...setahun pun cukup laa... sekurang2nya boleh stabilkan hidup sikit dengan gaji yg ada...
  3. beliau ingin saya aplikasi apa yg telah dipelajari...sebab, "abis tu, ke mana pergi semua yg kamu belajar masa tu?" aduhai...
aduhai....ya, saya telah menjangkakan hal ini akan berlaku...jujur, saya tak habis lagi bincang dengan mereka...seakan2 saya menemui jalan buntu...Ya Allah, tunjukkan dan bentangkanku jalan.....

rentetan dari kisah ini, aku terfikir juga utk berhenti mengajar selama setahun dan cuba merealisasikan impian ayahanda dan bonda...setahun je utk memberi kepuasan kepada mereka...sebab, aku rasa aku yakin aku lebih suka dengan kegiatan aktivis dan kerjaya yg dekat dengan manusia...lebih membentuk iman dan jiwa...

satu yang pasti, aku mencari dan mengharapkan yg berkat utk seluruh kehidupanku dan ahli keluargaku...aku mendidik dan mengasuh jiwa utk merasa cukup dengan apa yg ada...maka, cukupkanlah duhai Allah Yang Maha Kaya.... 

Kisah 2:

saya dihujani dengan isu jodoh dari mereka di sekeliling saya... risau tidak berpasangan, risau pasangan tidak mahu berjumpa keluarga...risau tidak tahu apa nk buat utk yg seterusnya....sampai satu masa, saya menjerit - aku rimas dengan isu ini....!!! - huhuhuhuhu....celaru dan keliru gamaknya....

baru2 ni saya membaca nota Hilal Asyraf di FB...berkenaan couple dan cinta...artikel yg jelas dan ya, saya merasa terpukul...oleh itu, di peringkat saya, saya sedang dan telah berusaha sekeras mungkin utk menerima ketiadaan si dia...walau apa pun yg terjadi, saya WAJIB berdiri dengan kaki sendiri...sehingga tiba masanya utk kami membincangkan hal kehidupan bersama...setibanya saat itu, baru perbualan akan dimulakan...utk sekarang, DIAM itu lebih baik... usaha ini memerlukan kekentalan iman dan kekerasan jiwa utk teguh...oleh itu, tolong teguh dan "alaaa.... NO MAN NO CRY.....!!" sewajibnya, usaha ini memerlukan bantuan penuh dari yg Maha Berkuasa menjaga hati yg sering berbolak balik...

Ya Allah, Tuhan yg menjadikan hati yg berbolak balik...aku pohon TETAPkanlah hati2 ini dalam jalan agama-Mu dan dalam mentaati-Mu

akhirnya, terus berdoa, andai ada jodoh antara kami, maka permudahkanlah jalan kami dalam menuju redha-Mu Ya Allah...insyaAllah akan sampai jua masanya...andai ditakdirkan Allah hanya setakat ini, maka tawakal dan redha itu adalah lebih baik... Aku akan terus bersedia utk sebarang ketetapan oleh Allah... namun aku mohon bantu aku dalam terus bersangka baik dengan-Mu, Ya Allah... :) bantu aku utk menyuburkan CINTA ku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada hamba-Mu...*helaan nafas yg amat dalam*

jelas, 2 perkara di atas yg sering bermain2 dalam jiwa aku kebelakangan ni...tenang setelah meluahkan...akibat 2perkara di atas, aku sanggup mengunci bicara, mengurung diri dan mengikat perut akibat rajuk yg tidak dipujuk...isy3....dasat sungguh...!!!! huhuhuhuhu....

ok...aku rasa aku berhenti setakat ini dulu...hidup mesti diteruskan secara normal dan tenang...sangat banyak things to do yg perlu diselesaikan...ayuh bangkit...!!!! oleh itu, dilarang lembik2 dan layan perasaan...hidup mesti terus maju...!!!

2 comments:

  1. berkenaan nota Hilal Asyraf.. (risau nota itu d remove...)

    1)couple is not equal to cinta. kerana couple tidak mengikut syariat dn melanggar semua yg dilarang. manakala cinta menurut beliau adalah,apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak - maksudnya, perjalanannya mengikut syariat..

    2) bercinta sebelum kahwin ialah: usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu. bukan yg berSMS, berchatting, berdating dll...

    oleh itu, kekalkan momentum usaha utk menuju redha Allah.... (^_^)

    ReplyDelete
  2. pagi ni baca wall post seorg sahabat:

    Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya... =)

    SANGAT BERGUNA utk muhasabah...^_^

    ReplyDelete