Sunday, April 8, 2012

070412 | Keputusan Akhir Eksperimen Nasi

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Semoga semua sentiasa dalam keadaan yg baik dari sehari ke sehari. Baik daripada segi fizikal dan rohani terutamanya.

Seperti yg saya janjikan.. Entri ini adalah berkenaan Keputusan Akhir Eksperimen Nasi (sila rujuk kepada entri http://adilamansor.blogspot.com/2012/03/150312-eksperimen-nasi.html utk maklumat berkenaan eksperimen.)

Day 23 | Keputusan Akhir Eksperimen Nasi

Penerangan Tersurat.

Spesimen 1 merupakan nasi yg telah dilabel dengan kata2 yang baik, Spesimen 2 ialah nasi dengan kata2 yg buruk dan  Spesimen 3 ialah nasi yg tidak dilabel dengan sebarang kata2.

Merujuk kepada hipotesis  ~ Semakin buruk kata-kata (perhatian) yang diberikan, semakin teruk perubahan fizikal nasi. ~ tapi, ada sedikit kekeliruan dengan keputusan akhir Spesimen 1 dan Spesimen 2. Mengelirukan. Ini menunjukkan, faktor persekitaran juga mempengaruhi perubahan fizikalnya. Menurut Maa, masa eksperimen ni berlangsung, seekor cik T asyik keluar masuk dapur (tempat Spesimen 1 diletakkan. Nak letak di bilik, susah plak Maa nk kelua masuk. Niat asal letak di dapur sebab nak mudahkan Maa perhatikan. hee.. :) ). Saya beranggapan mungkin itu menjadi faktor penyumbang. Lebih2 lagi bila Maa takut dan fobia nak masuk dapur. (Kelakar! sebab Maa tinggal sorang2 kt rumah. Anak2 lain semua bertebaran merata; bekerja.:P )

Jadi, saya beranggapan. hipotesis itu benar jika spesimen diletakkan di tempat yang betul dan mendapat perhatian yang betul. Secara teori, saya terus beranggapan hipotesis itu benar dan boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.



Penerangan Tersirat.


an Nisaa', 148: Allah TIDAK MENYUKAI ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang2 yg teraniaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

~ ucapan buruk = mencela org, memaki, menerangkan keburukan2 org lain, menyinggung perasaan seseorang dll
~ orang2 yg teraniaya = mengemukakan kpd hakim dll berkenaan keburukan2 org yg menganiaya.

daripada sudut pndangan sosial - ucapan buruk memberi kesan buruk dan merosakkan hubungan sesama manusia.

daripada sudut pandangan sains - kata2 yg buruk akan merubah struktur atom bahan menjadi kacau-bilau. Terutama makanan. Makanan yg terdedah kepada unsur2 negatif kelak akan memberi kesan negatif kepada si pemakan. Dan ini secara tidak langsung menjadi punca penyumbang masalah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. BIG IMPACT utk jangka masa panjang. 

Kesimpulan

1. Dalam usaha merubah masyarakt kepada akhlak yg lebih baik, ia harus bermula daripada institusi kekeluargaan. dan dalam keluarga itu terdapat diri sendiri yg harus sedar dn usaha menyebarkan aura2 positif kepada ahli keluarga yg lain. InsyaAllah, Allah akan berkati sekecil2 usaha kita. Tawakal, Usaha, Doa dn Tawakal. Yakin dengan Allah dn bersangka baik dengan Allah. Mengharaplah kepada Allah.
 
An Nahl, 110: Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang2 yg berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar2 Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

2.  yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. Pastikan apa yg memasuki badan kita adalah yg halal; halal daripada segi fizikalnya dan sumbernya. Jika makanan itu halal, tetapi datang daripada hasil mencuri, tak boleh jadi juga. Jika ia halal, tetapi "dijampi" dengan umpatan dn kata2 keji (terutama ketika makan,maka rosaklah makanan tu. Jadi, perhati kata2 kita)

An Nahl, 114: Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. 

3. Niat asal eksperimen dijalankan adalah utk dijadikan contoh kepada Muhammad Asyraf bin Mansor. Antara modul yg terlintas terus selepas dapat aduan daripada Maa tentang perangai dia. Dengan harapan agar dengan keterlibatan dia, dia boleh utk berfikir dan memilih yg mana baik dan yg mana buruk. Jadi, sambil menyelam minum air. Modul ni sesuai utk seisi keluarga dan lapisan masyarakat. Hee...

p/s: eksperimen ini dijalankan utk dijadikan peringatan kepada diri sendiri, keluarga dll yang membaca. jadi, kalau saya salah, mohon ditegur. (^_^) Semoga ada keberkatan dn dikurnia kekuatan utk terus istiqamah melakukan kebaikan (^_^)

No comments:

Post a Comment