Monday, December 12, 2011

F - O - K - U - S

Assalamualaikum... :) entri kali ini adalah merujuk kepada artikel yg dipinjam daripada blog PEPIAS. selepas kita baca, rupa2nya kita telah pun mengamalkannya tanpa kita sedari…!! sedari tahun 2004 ketika saya masih lagi di Pusat Matrikulasi UIAM, PJ saya telah melaksanakannya… semua gerakhati dan naluri mengurus itu datang daripada Allah SWT yang Maha Mengetahui segala sesuatu… :)

atas sebab apa Allah telah memberi anugerah naluri itu..? sebab, (atas pertimbangan akal dan iman yang tidak seberapa) pada ketika itu, kehidupan saya seperti disusun dan diatur padat dengan jemaah, belajar dan keluarga (susunan tidak melambangkan keutamaan setiap sesuatu)… pada ketika tu, jadual ataupun planner saya padat dari sehari ke sehari… sehinggakan roommate saya akan bertanya – deel, bila laa ko nak luangkan masa dengan kitorang kat bilik? Saya hanya akan balas dengan senyuman… :)

perancangan dan perjalanan saya jelas dari sehari ke sehari selama 2 tahun di matrik… Cuma, ada sedikit turning point yang Allah kurnia kepada saya… nak tau? Extend 1 semester… heee…. ;p sebab apa ya..? mungkin sebab faham dan jelas saya dengan keseimbangan belajar dan jemaah agak lewat… mungkin saya terberat sebelah di situ… saya pun kurang jelas… tapi, mungkin kita boleh ambil pengajaran untuk sentiasa redha dan terus bangkit daripada kegagalan… ;)

owh… kembali kepada kisah fokus tadi… tahun 2006, saya mula jejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Perancangan dan perjalanan belajar, jemaah dan keluarga masih sama… masih tradisional menggunakan tulisan tangan dan kertas A4… saya akan buat setiap hujung bulan untuk kemaskini perjalanan hidup (panggilan yang saya gunakan) J Alhamdulillah penuh dan padat dengan 3 warna yg berbeza (untuk membezakan setiap pergerakan); hijau: belajar, oren: personal dan keluarga dan akhir sekali kuning: jemaah. Tapi, masih ada satu masa yang hanya penuh dengan hijau semata… kerana apa…? Hujung semester yang hampir dengan peperiksaan dan hujung nyawa di UIAM ketika FYP… hee….;p masih juga terdapat turning point ketika ini: extend setahun… hee…. Hah…ini bukan tidak sedar atas kesilapan sendiri… tapi, jenuh mengerah otak sehingga berdenyut2 dan tetap mengalami kegagalan… UJIAN… :) (mungkin juga akibat terlupa bergantung sepenuhnya kepada Allah…siapa tahu…? Allah sahajalah yang Maha Mengetahui…J) gagal teruk masa semester pertama tahun pertama… betul kata2 senior… “akan berlaku kejutan budaya di sini…” “sangat berbeza dengan di matrik…” dll…. sudah terhantuk, baru tergadah… baru masa tu faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tu….:P tapi, masih ada yang lagi teruk saat tu… sehingga tukar course dan kena dismiss pun ada tau…!! dan Alhamdulillah habis juga dengan pointer yang “boleh laaa” berbanding dengan rakan2 yang full-time study… :) ada additional part berkenaan perancangan yang saya buat ketika di Gombak… saya akan buat jadual target pointer setiap semester…!! TAK SANGKA kan…?? :D

Yes… itu semua ketika masih di zaman belajar… antara fasa yang patut di banggakan oleh diri sendiri… tindakan yang patut dicontohi oleh saya zaman ke zaman… tapi….. ya… sekarang saya tidak begitu….!! DOWN….!! Saya beranggapan, petang ini, 12 Disember 2011 merupakan turning point untuk saya supaya kembali on the track…!! Wajib lebih FOKUS dan JELAS dengan matlamat akhir kehidupan ini…!! Lebih2 lagi, banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ini yang membawa kepada TERjumpanya saya akan entri fokus ini…. TERIMA KASIH, ya Allah…!!! :)

p/s: antara scene yang membuka mata:
  1. salah satu agenda ketika usrah PEPIAS Cawangan Gombak pada 7 Disember 2011 ialah ta’aruf dan nyatakan “siapakah anda 10tahun dari sekarang?”  
  2. terjumpa satu modul yang bernama surat berantai, ramai antara sahabat2 yang menulis kepada saya berkenaan kekaguman mereka dengan sistematiknya kerja saya…. @___@ (kalaulah mereka tahu betapa payahnya saya mengenal dan mengurus diri…huhuhuhu….)
AYUH teruskan perancangan dan perjalanan hidup yang SISTEMATIK….!! 

p/s: ada gambar yg akan saya masukkan utk entri ini kalau saya diberi kesempatan utk scan... insyaAllah... :)


No comments:

Post a Comment