Monday, May 21, 2012

H . U . T . A . N . G

cuma nk senaraikan hutang2 sy pd blog ni...@_@
  1. Catatan pengalaman mengikuti kursus bersama I Luv Islam
  2. Catatan pengalaman mengikuti konvoi Bebaskan Palestine
  3. Catatan pengalaman mengikuti Perhimpunan Aman Save Palestine
  4. Catatan pengalaman dan perasaan menyambut Hari Guru utk pertama kali
BANYAKNYA! berkemungkinan hutang ni akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Sebab? masa laa...huuu.... Kalau sempat pun, sy rasa otak ni berkemungkinan besar agak J _ M _ E _! Sebab dh agak lama tak membaca bhn2 bacaaan tambahan dn agak lama tidak menulis. Ada baca, tp mcm tak berkualiti je. huuuuu.... Sebab tu la, blog ni hanya sempat diupdate dgn bahan bacaan yg diCopy dan diPaste semata!

SOOOO SAD! But at least, I've put the effort! Better than never! And still, that's not the reason for escapism! 

The BESTEST quote for today

Always try your bestest everyday! 

R’ESQ: TEKNIK ‘APUNG DIRI’ DALAM SITUASI TEKANAN 

Dalam suatu pertempuran, Saydina Ali bin Abi Talib telah Berjaya menjatuhkan seorang musuh. Ketika beliau ingin membunuh musuh tersebut, tiba-tiba musuh tersebut meludah ke muka Saydina Ali. Maka Saydina Ali tidak jadi membunuh musuh yang sudah berada di hadapan mata.
Si musuh berasa terkejut dengan tindakan Saydina Ali yang tidak jadi membunuhnya, lalu ia bertanya, “Wahai Ali, kenapa kamu tidak menikam aku sebentar tadi sedangkan aku telah tewas?” Maka Saydina Ali menjawab, “Sekiranya aku membunuh kamu ketika itu, aku bunuh kamu bukan kerana Allah, tetapi aku bunuh kamu kerana marahkan kamu yang telah meludah ke mukaku.Perbuatan ini merupakan dosa besar, maka sebab itulah aku melepaskan kamu.”

Bayi boleh terapung!

<Mari kita lihat video ini terlebih dahulu sebelum kita terus membincangkan topik ni..>


                Konsep ini saya kaitkan dengan satu kajian oleh pengkaji barat. Orang barat pernah membuat kajian dengan mencampakkan seorang bayi berusia setahun setengah ke dalam air. Setelah beberapa ketika dicampakkan, bayi itu tidak tenggelam. Dia hanya terapung-apung di permukaan air sambil si ibu dan ayah memandang bayinya dengan perasaan ceria dan tenang, tanpa ada tekanan dan kebimbangan yang negatif. Persoalan yang timbul, mengapa bayi tidak tenggelam dan lemas? Kenapa bayi hanya timbul di permukaan dan sempat menunjukkan ‘aksi-aksi’ renangan yang menarik. Sekiranya diperhatikan, apabila bayi dicampakkan ke dalam air, ia akan mengikut suasana persekitaran air itu. Selain pergerakan yang lembut mengikut pergerakan air, minda dan emosi bayi ini berada pada kedudukan yang sangat tenang. Dengan bahasa mudah, kehidupan bayi bebas daripada sebarang stress. Mereka ceria, suka dan gembira sepanjang masa.
                Itulah sebabnya, apabila seseorang yang tidak pandai berenang terjatuh ke dalam air, perkara yang paling utama yang perlu dilakukan ialah bertenang dan jangan cepat gelabah. Sikap tenang dan relaks itu mampu membuatnya terapung-apung di permukaan air sebelum diselamat orang lain.

Bijak kawal minda dan emosi
                Konsep ‘apung diri’ yang diperhatikan daripada bayi itu patut dijadikan pedoman. Kemampuan untuk apungkan diri dalam mengharungi apa jua cabaran hidup akan member kekuatan dan keyakinan untuk lebih berjaya. Tanpa daya apung ini, dikhuatiri seseoarang akan tenggelam dan lemas dalam arus kehidupan yang sentiasa mencabar. Kehidupan ini perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Seseorang perlu menerima ketentuan hidup yang telah ditakdirkan Allah ke atas dirinya. 

Teknik mengapungkan diri
                Satu teknik mudah untuk aplikasikan daya apung ini ialah dengan menyebut perkataan ‘apung’ apabila kita sedang berhadapan sesuatu tekanan. Otak akan mudah memahami maksud perkataan ini dan memberi tindak balas positif kepada tubuh dengan mengapungkan diri (mengawal diri) dalam mendepani cabaran tersebut.
                Ikuti dengan senyuman bagi mengaktifkan pusat keceriaan (joy centre) dalam otak. Keceriaan dan kegembiraan mampu mengurangkan tekanan dan emosi yang sedang dihadapi.
                
                Renugkan firman Allah yg bermaksud:
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
157. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. 
(Al-Baqarah: 155 – 157) 

Selamat beramal! 


Rujukan   : Mingguan Wanita Bil. 1478
Kolumnis  : Dr. Muhamad bin Jantan (Perunding Motivasi & Psikologi RMJ Holistic Solution)

Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam waktu yang panjang
tetap menemui pelajarnya
yang membesar di rumah yang berlainan
tetap bersama rakan-rakan sekerja
yang separuh daripadanya telah tewas
dalam diri sendiri.
tetap di depan pandangan masyarakat
yang terlalu mengharapkan apa yang terbaik
daripada manusia guru
yang tetap bersama kelemahan diri.
lemah oleh waktu yang panjang
lemah oleh kenakalan pelajarnya
lemah oleh masyarakat
yang banyak bercakap tentang kesempurnaan.

guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam panjang waktu dilaluinya
tetap di bilik
yang dikongsikan bersama
tanpa keselesaan yang sama
seperti dinikmati
rakan-rakan seuniversitinya yang dahulu.
tetap dipanggil guru
kalaupun hanya sekadar panggilan
dibezakan waktu yang mengurangi rasa hormat
kepada manusia guru.
guru tetaplah guru
di mana berada
di mana sahaja
tanpa mati dalam waktunya yang panjang.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
31 Mei 2004.

<http://kotapuisi.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-guru.html>

Wednesday, May 9, 2012

~ Di malam yg sepi ~

~ Melantik diri utk menjadi berguna kpd semua ~
Sekadar renungan untuk diri sendiri. Agar menghargai setiap detik yg dikurnia oleh Allah. Kita akan merasa hidup ini bernilai, bila kita banyak memberi; kewangan, masa, tenaga dll. Usah dihirau dengan kesusahan yg dihadapi di dunia. Lebih risau jika mengalami kesusahan di akhirat kelak. Allah.....

Malah, usah diharap pujian dn perhatian manusia. Ia tidak membawa ke mana. Cuma yg diharapkan ialah Rahmat daripada Allah utk menjadi pemberat neraca timbangan kelak. Semoga ada sekecil2 usaha yg dikira sebagai ibadah.

mode: sedih, berfikir, tahan ngntok, dll. 
Terfikir, apa yg akan jadi selepas MATP21. Sedih plak. Aku tak nak jadi orang yg dikurnia banyak masa lapang. Atau manusia yg dikejar dek dunia semata.huuuu.... T_T