Thursday, June 30, 2011

Damailah Duhai Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya." [al-Fajr,89: 27-28]

Tiba-tiba malam ni aku teringat ayat yg di atas tu...ada sorang kawan baik yg selalu pakai ayat tu dulu, sekitar tahun 2004-2005...malam ni, ayat tu agak memberi pengaruh besar kepada aku...terutama dalam perjalanan kerjaya aku yg terkini...berikut merupakan jadual terkini aku...(sekadar utk simpanan arkib...heee...)

 
jadi, persoalan di sini ialah:
  1. adakah aku berpuas hati dengan perkembangan diri sendiri? maksud aku lebih kepada kerjaya dan paling penting, luar daripada kerjaya - PENGURUSAN IBADAH...huhuhu... (formula: kerja dengan niat IBADAH utk ibadah am...JANGAN lupa ibadah khusus..!!!)
  2. sudah cukupkah aku berdoa utk dikurnia kesempatan dan kekuatan utk sentiasa thabat di dalam jemaah...huhuhuhu...which is, aku tak lupa aku perlu istiqamah...!! cuma perlu RAJIN berdoa utk sentiasa mendapat bantuan daripada Allah....huhuhuhu...(bantu aku kepada sesiapa yg membaca ini...)
  3. sejauh mana, PENGURUSAN NYAWA aku berkesan...? fikir2kanlah yeee.....
semoga Allah redha dengan usaha aku yg tidak seberapa ni...aku akan sentiasa berusaha utk lakukan yg terbaik di mata-Nya...wahai cermin-cerminku di luar sana, aku mohon bantuan kalian, ingat dan doakan diriku....

Tuesday, June 14, 2011

Anak-anakku...(^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari kedua di As-Sakeenah Learning Centre yg terletak di USJ 18, Subang

“Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pagi ni jiwa aku saaaangat tersentuh melihat anak2 di sekeliling aku di taska. Seawal 7pagi ibubapa masing2 dah hantar anak2 ke pusat jagaan di mana, sesampai sahaja di sini, anak2 ni akan disambut oleh bibik...huhuhuhu...rasa macam nak menangis ods pon ada tadi...huhuhu...lagi tambah kepiluan  di hati, anak2 sekecil 3tahun ini kebanyakannya telah mampu hidup berdikari... buka almari, ambil cawan dan tuang air sendiri...kemudian duduk dalam halaqah sambil makan, bersosial dan bergembira dengan rakan2 sebaya...oh sangat cemerlang kanak2 ini...

pada pendapat saya, kecemerlangan  ini akan berterusan jika ada tindakan susulan daripada pihak ibubapa itu sendiri.lebih2 lagi,bila kita berbicara tentang masa berkualiti di rumah...tapi, pemerhatian saya, ibu bapa ini lebih bergantung harap kepada bibik, teachers, dan ustazah2 apabila mereka tegar bertanya - kenapa anak saya tak pandai bercakap dan membaca lagi ea...? - Allah....tersiat halus hati kecilku memikirkan ini...adakah anak2ku kelak akan sebegini rupa...?mengorbankan nilai dan hak2 penjagaan, pendidikan dan pengajaran anak2demi mencari sesuap rezeki...sanggupkah...? 

lebih menyayat hati, ketika hari pertama di KAFA semalam (13Jun), aku dapati masih ramai anak2 berumur 10tahun masih lagi tidak mengusai dan tidak fasih membaca al-Quran...huhuhuhu...semoga pada kadar umur ini masih belum terlambat utk tunas2 ini berkembang dengan jayanya...kurniakan kami kekuatan utk teruskan usaha perjuangan Rasulullah ini, Ya Allah...dan kekuatan kepada kami utk melaksanakan dan istiqamah dengan apa yg kami perkatakan...

aku akhiri entri Anak-anakku Bhg.1 ini dengan:

sambil menunggu ibubapa datang amik...

solehah namanya sesolehah perilakunya....(^_^)
Is paling kiri, tak pandai buat "3".
mereka ialah hero di taska..bermusuhan tp berbaik demi nk amik gmba...;p n, ini hari pertama mereka pndai buat "3"..!! ^^
“Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran dinaungi oleh ’arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama nabi dan pembantunya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

p/s: hari kedua aku di sini, "Bonda, bonda nak balik ke?", kata seorang kanak2 lelaki dengan pelatnya... (aku tersentuh...!!)

Wednesday, June 8, 2011

Kisah Benar

"Tengok kat lapangan terbang tu... Kata dah nak tutup... Macamane ea dorang nak alihkan kapal terbang yg banyak lagi besar tu?", kata si lelaki satu (L1).

"Nanti dorang bagi aku bawa sebiji....", kata si lelaki dua (L2) dengan bangga tetapi dalam nada gurauannya.

Maka, dengan nada gurauan juga, seorang perempuan (P) menyampuk, "Hamboiii....sembang besaq..."

"Apa masalah ko ea...? Cuba ko bagitau aku...!! Ada ke aku cakap dengan ko...??!!", L2 mula meninggi suara.

"Dan, cuba ko bagitahu aku pulak, apa masalah ko bila dalam call orang tengah cakap, ko p ajuk2 n buat uweek2... Apa perasaan orang yg tengah cakap dalam call tu...?!!", balas P dengan mula menahan sebak. P menambah, "Kalau orang tengah cakap tu, dengar je laa dulu...!!".

**scene sebelum berlaku pertengkaran. L2 bercakap di dalam call dengan P membincangkan berkenaan sesuatu. Apabila P sedang menerangkan, L2 dengan ngengnya telah mengajuk dan membuat bunyi2 tambahan sebagai tanda tidak mendengar.**

Ok, kita sambung scene pertengkaran...

"Aku tak suka laa bincang dalam call.. Semak tau tak... Nak faham pon susah.. Orang gurau pun tak boleh... Lain kali, kalau tak boleh gurau cakap...!!", balas L2 mempertahan alasan atas perilaku ngeng dia tadi.

P mula menunjukkan kegeraman sambil berbisik kepada L1 - "Habis tadi yg pasal kapal terbang tadi bukan gurau...? Dia pun kepala hangin n tak boleh bawak gurau nak cakap orang...", P merengus. 

-sekadar hiasan-
P dengan tidak mahu mengalah membalas, "Mudah kalau macamtu... Cakap laa dalam call tadi-jangan bincang sekarang... Nanti tak faham..kan senang... Ini buat benda tah hape2... Tak reti nak hormat perasaan orang...? Yang ko buat camtu, tak belajar adab ke..? Padahal orang tengah cakap benda serious...!!".

"Tau laa ko tu belajar tinggi... Aku ni belajar setakat SPM jee... Hisy semak betul laaa...!!", L2 bersuara.

"Ah itu bukan alasan...!! Aku pun belajar adab setakat SPM je... Berikutnya semua common sense... Kita apa yg kita lihat, fikir dan baca...!!", P mula meradang.

L2 pun dah mula meradang dari awal2 tadi lagi sebenarnya... Akhirnya beliau menambah, "Ah malas dah nak cakap dengan orang yg keras kepala n cakap pandai macam ko ni...!!"

"Malas nak cakap dengan ko....!! TITIK....!!" P membuat kesimpulan akhir. L2 merumuskan, "Fine. Tengok sampai bila..."

************************************************

Dialog di atas merupakan sebuah kisah benar daripada sebuah kehidupan. Dipercayai, si P tadi mengambil keputusan untuk berdiam diri atas rasional - ok, aku dah malas nak bertengkar dengan ko. (itulah pertama kali mereka bertelagah sebegitu rupa). P berfikir, lebih baik diam daripada berkata2 yg sia2... Telah banyak perkara yg berlaku antara L2 dan P, di mana P hanya memendam rasa apabila ditengking dan dherdik dek L2. Hanya kejadian di atas si P bersuara akibat dek tak tahan dan tak mampu untuk memendam rasa lagi.  

Hiba
Kisah bersambung apabila si P akhirnya tidak mampu menahan empangan air matanya lagi. Maka menangislah si P dengan hibanya. Diaolog di atas masih terngiang2 di telinga si P dan dia turut dihantui dengan rasa kecil hatinya.

Satu perkara yg pasti, P berusaha utk memaafkan L2. Beliau mungkin berjaya tetapi bukan secara berhadapan. P sangat2 berdoa agar berlaku satu peristiwa untuk menyatukan kembali P dan L2. Peristiwa yg diharapkan dapat melembutkan hati P agar dapat berhadapan semula dengan L2 dan memberi maaf secara terbuka.

Pengajaran:
  1. Mengalah bukan bererti kalah. Kalau ada terasa hati dengan sesiapa, lebih baik dipendamkan daripada diluahkan nescaya ia dapat mengelakkan pertengkaran, insyaAllah.
  2. Berdoa utk setiap daripada kita lebih terbuka apabila mendengar, "mendengar", melihat dan "melihat" setiap perkara yg terjadi di sekeliling kita dan peroleh hikmah dan ibrah daripadanya. 
  3. Sentiasa berdoa supaya hati kita sentiasa lembut dalam mendengar teguran dan kritikan yg membina.
  4. Belajar memberi maaf dan ia sebagai salah satu pembersih dan pelembut jiwa... ALLAHUAKBAR...!!
  5. Sentiasa muhasabah diri supaya kita sedar kesilapan diri dan tidak bongkak dan takabbur dengan ilmu yg tidak seberapa.
Kisah yg penuh dengan ibrah
p/s: penulis sangat tertarik dengan slot Tanah Kubur di Astro, bertajuk Cahaya Iman. Pelakon utama ialah Zami Ismail dan Nasir Bilal Khan. Di mana, Zami Ismail mendiamkan apa saja kutukan yg diterimanya daripada penduduk kampung. Malah, beliau memaafkan terus semua kesalahan org kampung ketika hayatnya. Dikisahkan di dalam akhiran cerita itu, Zami Ismail meninggal dalam wajah yg putih bercahaya, sebagai gambaran betapa elok amal ketika hayatnya...

Semoga kita dikurniakan dengan Husnul Khotimah dan dijauhkan daripada Suul Khotimah... Amiiin.....